Friday 10 December 2010

jumaat ku yg sentapzzz..

.
.
.
.

 salam jumaat, moga2 hari ini lebih bahagia dan ceria dari smlm.., pagi2 sampai opis baca berita pasal ...

Dua beranak rentung dalam kebakaran

berita harian

10/12/2010
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu dan anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur maut apabila rumah kedai sewa mereka di Kampung Batu Enam, Manir, terbakar malam tadi.

Mayat Nor Laila Yaacob, 41 dan anaknya Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan, ditemui dalam keadaan rentung dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi.
Nor Laila dan anaknya dipercayai terperangkap dalam bilik tidur dan kedua-dua mayat ditemui berdekatan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda, berkata pihaknya mendapat panggilan pada 11.32 malam tetapi ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, api sudahpun memusnahkan sebahagian rumah kedai berkenaan.

"Punca kebakaran masih disiasat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Anak sulung Nor Laila, Mohd Badrul Kauzi, 23, ketika ditemui berkata beliau berada di Kota Bharu ketika dimaklumkan pihak polis mengenai kejadian.

Mohd Badrul berkata, kali terakhir beliau menemui ibunya ialah seminggu yang lalu.

Menurutnya, jenazah ibu dan adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit, Kubang Kerian, sebaik bedah siasat selesai. - BERNAMA

-Alfatihah-

nak buat camne kena lah akur kan..pada qada&qadar yg telah dtetapkan.., dan kita sbgai parents kena lah pastikn rumah kita selamat utk kita sekeluarga (nasihat tuk diri sendiri)


esok sabtu&ahad pastinye hari yg dnanti pada yg cuti leh lepak2 kat umah kan.. or memasing dah sibuk nak pi jejalan kan..sekolah cuti lagi ye..

bye jumpa lagi askum..
:)

No comments:

Post a Comment